ahlAn wAsAhlAn

Tuesday, February 19, 2013

pencarian & pengalaman


Bismillahhirrahmanirrahim...

Bermulanya kisah untuk sebuah pencarian pekerjaan kembali, setelah 2 thn menyambung pelajaran. Mengimbau kembali sejarah bekerja yg xbrpa formal lah, sepanjang degree, diploma, & selepas SPM, macam2 keje yg penah buat, tp bukan semua jenis keje pn. pengalaman & pengetahuan baru.

Time Degree
  
Cume sekali bekerja, itupun masa student2 dapat cuti semester 4 bulan, tp diri ini cuma cuti 2 bulan je ( sebab ambil short course lagi 2 bulan tu ). Kerja biase2 je pun, mase : sebelum & semasa bulan puasa... iaitu...buat biskut raya. Hari2 bile balik rumah je, baju tudung berbau biskut & tepung. Iyelah, dah dari pg sampai ke petang menghadap bende tu je. TAPI syok, sebelum2 ni xpenah2 pn buat kueh raya, yela kat rumah xde oven, abah pn xnk beli...hehe...

Gaji xlah byk mana, tp alhamdulillah ada la rezeki untuk dpt duit raya daripada cuti dok rumah goyang kaki makan tidur..kn? (walaupun kalau dok rumah mmg jenis xmakan pn). Bile nak dekat raya, saat2 terakhir nk berhenti kerja, ktorang dah stop buat biskut tempahan raya dah. 

Tang ni best, kami sama2 buat biskut untuk rumah kami. (baik hati betul bos tau). satu kotak besar biskut raya tiap sorang bawak balik, dlm tu ada la dlm 10 11 jenis biskut, kira2 kalau beli mesti dalam RM300++.....bertambah rezeki kami, bertambah rezeki bos...alhamdulillah...

Oh ya, ada lagi satu kerja part time, selepas 6 bulan ddk d UiTM, semasa short cos sebelum kerja buat biskut tu, ade la tlg2 lecturer menaip & mencari artikel journal untuk pengajian beliau. xbanyak pn upahnya, RM 1 untuk 1 page, tak banyak kn? tp boleh la cover sikit utk hidup kt situ. sepanjang part time tu, dapat la xsmpai Rm50 dlm sebulan...duit jgk tu, xguna banyak tenaga, tp menggunakan banyak masa.

And kerja fulltime time degree, 4bulan lebih kerja, dekat Majlis Bandaraya Ipoh, sebagai practical student.. yang ni pun best, walaupun duit elaun smpai sekarang xdpt lagi (sedih sekejap)   

Time Diploma
  1. kerja kantin sekolah
  2. Keje part time 2hari dkt al-ikhsan (ganti manager xcukup org sbb raya Haji, sebenarnya ada buat part time kat kedai mcm 7e dkt area2 situ)
  3. Keje mcm 7e (tiap2 cuti sem) 
ape lagi ye, mcm ade lg, tp mcm dah lupe je, ade setengah memori ni lah lost sikit, kene upgrade RAM otak neh...hEhE...
Eh..haaa....lepas diploma, xsambung belajar lagi, ade jgk keje. Kan betul kate byk dah lupe, ish3...

Time habis Diploma
  1. kedai tudung (jd promoter & model sambilan tudung, jenuh aih)
  2. financial consultant Ambank (xtahan buat marketing & xdpt gaji, trs berhenti)
  3. Kerani akaun (sebulan je keje, xbest pn, berhenti sbb company xbagi ambil cuti untuk konvo, then lps konvo trs dpt tawaran sambung degree)   

Time selepas SPM
  1. Pembantu taska & tadika (buat susu baby,bg budak2 makan nasib xsuruh masak, mandikan budak2 tadika, jd cikgu, jage bdk2 lah senang crta)
  2. Pembantu dapur dkt Dave Deli's Restaurant (dduk dapur main air, basuh2 pinggang, potong2 ayam, sediakan makanan)
  3. keje mcm 7e tu (dah knl & penah keje sbb tu minx part time ble dah sambung belajar)

begitulah alkisah pekerjaan ku...selepas ini ape pulak yg muncul, wallahua'lam.. sedang berusaha & mencari. Ape yg penting, bila bekerja mestilah berniat semoga pekerjaan itu adalah pekrjaan yg baik dan halal. Moga semuaNYA dipermudahkan NYA, amin.


Sabda Nabi (s.a.w) bermaksud:
"Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam."
 


Friday, February 1, 2013

seorang gadis itu

Seorang gadis itu
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ... telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya, dalamnya ada air,
sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya ... 

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi ... kasih untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat,
bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong ,
pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ... 

seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ... dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya ... 

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ... bijaksana ia,
menyimpan ílmu, si teman bicara,
dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ... 

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah . 

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ... dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya ... dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Friday, January 25, 2013

saat itu...

bismillahhirrahmanirrahim.....
assalamualaikum....

saat itu, september 2012..semester terakhir...praktikal di MBI dan membuat research untuk memenuhi requirement university...alhamdulillah saat itu telah berlalu. 

Dan saat ini..januari 2013..secara rasminya telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda BBA (Hons) HRM dan bakal menjadi alumni UiTM Perlis selepas berkonvo pada bulan Mei nanti, insyaAllah. Begitu banyak rintangan yang dihadapi di saat-saat akhir menghabiskan pembelajaran. 




adik yg ku rindu
saat itu...ogos 2012...short sem, 2 subject, bulan puasa Ramadhan al-Mubarak. rakan2 sekursus telah berpraktikal, tp kami, cume beberapa org masih berada di U, utk menghabiskan paper yg xsempat diambil, untuk mengejar menghabiskan belajar dalam masa yg singkat. Ramadhan diisi dgn mengeratkan ukhwah menziarah keluarga angkat sendiri & rakan2 di kampung. berbagai peristiwa pahit manis yg dikumpul bersama2 sebagai kenangan antara kami sebagai pelajar & keluarga di sana. maksu, kakjah, mak, kakak, adik, kwn2, saat bersama mereka tidak lama, tetapi amat gembira. kenangan cuma akan tinggal kenangan yang tidak akan berulang.


beliau yg ku syg
saat itu....julai 2012...2 semester terakhir, berlaku sedikit kekusutan di dalam ukhwah antara rakan serumah memaksa membawa diri sendirian di saat mengambil peperiksaan akhir semester itu. amat tertekan di saat itu kala menghadapi ujian sedemikian rupa... tetapi di saat itu, Allah mengizinkan dugaan itu dikongsi bersama sahabat dunia akhirat, yang  sebelum ini berjauhan, tetapi berada di sisi untuk sama2 mengurangkan beban. 


saat itu...saat kesempatan mengenalinya, amat berharga. Ya Allah, ku amat menyayanginya...sungguh, beliau amat baik. Satu2nya sahabat yang hadir dikala susah & senangku. Selama 7tahun perkenalan, dialah yang paling setia. Jarak yg jauh tidak memisahkan kami, tetap dekat di hati dan di dalam doa masing2. Bukan senang mencari sahabat sebegini walaupun ramai kenalan yang pernah berkenalan. semoga ukhwah yang terbina ini akan terus kekal hingga ke akhirnya. 

# Sahabat yg baik apabila dipandang wajahnya, membawa kepada mengingati Allah, mendengarkan kata2nya menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada ALLAH, berkawan dgnnya berjuang ke jalan ALLAH....uhibbukum fillah #

Monday, July 2, 2012

khas untuk mu

teristimewa buat bakal imamku... 
sebulan sudah usia perkenalan, 
seakan bertahun lamanya perkenalan itu, 
semoga ada yang terbaik menanti kita untuk masa akan hadapan, 

iaitu alam pernikahan.... 

semoga jodoh kita kekal hingga ke syurga.. amin... 



yang jauh,
...Nff....12 sya'aban 1433H

Saturday, April 21, 2012

ada apa dengan april

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


lama tidak berkesempatan untuk menukilkan kata disini...
kekangan waktu bersama ketiadaan charger cik C membuatkan bertambah
alasan untuk tidak menaip disini...


tika ini, alhamdulillah berkesempatan untuk ke tempat lain meluaskan pandangan yang terbatas sebelum ini.. semester ini dipenuhi dengan berbagai aktiviti yang mencabar mental & fizikal...


universiti putra malaysia, tempat tujuan kini...bersama sahabat lama, mengimbau bersama kenangan ketika zaman persekolahan...melawat mereka disini seketika sebelum menghabiskan cuti beberapa hari di kampung bersama keluarga tercinta...berpeluang ke majlis ilmu..bertemu mendengar kata-kata ustazah pilihan Siti, Imam Muda Nazrul dalam Karnival Ilmu Upm..




Disamping itu mengambil kesempatan untuk melawat tanah Upm..semestinya ke ladang dan kebun berikutan sahabat tersayang merangkap kakak yang tak rasmi mengambil jurusan tersebut. teringat suatu ketika dahulu pernah menjadi seorang pelajar pertanian..



sahabat tersayang


sebelum berkunjung ke sini, masih sempat mengikuti program di arau...Survival Mahasiswa Uitm....program yang kedua yang diikuti kerana bulan march sebelum ini telah terpilih untuk mengikuti program yang sama di Uitm penang. pada masa itu, uitm menyatukan 4 uitm cawangan utara (perlis, kedah, penang dan perak),untuk program pertama tersebut yang seterusnya diadakan di setiap cawangan pula...


banyak manfaat yang diterima dari program yang di inspirasikan dari ayahanda uitm ini... rasa bertuah dan makin menginsafi diri berkat dari motivasi saudara penyampai dari jakarta itu...






2 minggu sebelum itu, mengikuti program sukan fakulti...berikutan sem ini adalah sem terakhir, kami memberikan sokongan yang penuh untuk program ini.. 
"last sem shoud be da best sem.."
insyaAllah..dan pastinya result juga kena best berbanding sebelum ini..aminn

Opkim 2012 menjadi memori yang terindah untuk semester ini...
berpeluang untuk ke kampung siam,  belajar cara kehidupan mereka yang berbeza adat dan budaya,
merupakan pembelajaran yang bermakna..bukan setakat itu sahaja, malah menambahkan tali persaudaraan sesama Islam...

mak angkat, ayah angkat jkk kampung, adik beradik angkat menerima saya dengan hati terbuka. walaupun hanya 3 hari di rumah mereka, tetapi rasa kasih sayang seakan kuat antara kami... semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..insyaAllah....


keluarga angkat Kok Klang, Perlis