ahlAn wAsAhlAn

Friday, April 29, 2011

AKU MENANTIMU,BAKAL IMAMKU

Aku sedang menanti dia..
 

Seorang lelaki yang akan bergelar suami..

Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH..


Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..






Dia seorang lelaki yang tegas dan berani..

Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..


Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri..


Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..



 

Dia selalu menghiburkan aku..

Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..


Dengan zikir-zikir munajat..


Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..



 

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..

Dia menasihati ku supaya mengingati mati..


Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..


Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..



 

Dia memang sentiasa kelihatan penat..

Matanya penat kerana membaca..


Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..


Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..



 

Dia sentiasa mengingati mati..

Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..


Kita hambaNYA adalah pelakon..


Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..



 

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..

Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..


Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..


Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..



 

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan..

Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula..


Sejadah imannya yang terkoyak..


Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..



 

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga..


Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..


Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..



 

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah Shollallohu `Alayhi Wasallam...

 

Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya..

Kekasih sejatinya dan kekal abadi..


Iaitu ALLAHURABBI.




Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga..


Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..


Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..


Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..



 

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..

Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..


Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..


Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..



 

Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..


Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..


Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..


Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..


Kerana..


Dia pilihan ku..







copy from facebook,harap halal.

Monday, April 25, 2011

loves

puteri : Do you remember, we were sittin' there, by the water?
              You put your arm around me for the fist time
              You made a rebel of a careless man's careful daughter
              You are the best thing that's ever been mine
azri    : a father.. loyal 'fren'.. do love him.. if not, u'll regret 1 day.. 4 sure.. caya la ckp den..  kalo xnak ckp sayang dia pon, at least do sumthing to show ur love.. jgn malu.. dia lagi bangga ada ar, proud to hav a daughter like you =)
puteri : i luv you...
fidah   : kt sape lak nie? kt semua list fren ko kew? ke dkt azri tue? hehe...
mastura : eh nie bkn lagu mine taylor swift nynyi tue ke? eh2
puteri : dkt ko jgk fidah..mmuaahhh..hehe..dkt mas skali jgk... :) tp yg paling penting..spt yg d ingatkan oleh sahabat kite...
"u hav both mun & dad..hargai depa..once they r gone, xda makna lg kta hargai ke tak..so hargai sementara ada...jgn menyesal d kemudian hari...
Luv u UMMi..Luv u Walid....
fidah   : me too...
mastura : me 3 4 5....hik3
azri     : ko ingat tue puteri ape yg aku ckp. aku ckp berdasarkan reality yg aku pn dh lalui..aku xnk ko menyesal cam aku menyesal sekarang nie...
puteri : baek lah wahai sahabat ku...akan ku ingati segala nasihat mu itu... 
azri     : kelia.. hargai apa yg ada d depan mata..k dear...
puteri : eh?! dear mane lak nie...awk ade bele deer ek kt kg? hehe..
azri    : mmg pon..awk je yg xtaw...nanti join la aku balik umah kalau nk tgk...haha...
puteri :  amboi...tang melalut bg la kt dye ek... hurm...tp....kite teringat la kt seseorg tue...cdey plak...         :(
mastura : sabar puteri, setiap ape yg berlaku ade hikmah nye. puteri jgn fikir sgt...beliau tue baru je jadi teman istimewa (dlu la). belum lg jadi suami yg sah. kalo begini keadaan nya xmustahil kalo puteri dpt dye pn, maybe akan di madukan...
azri   : weyh madu kan manis..sedap oo...hehe...
fidah  : eh azri nie menyampuk plak dye....manis bagi lelaki..tapi pahit bagi perempuan...
mastura : betoi tue fidah. tak salah dapat madu, tp banyak dugaan nye. skrg pn da banyak cabaran. cabaran bercinta berdua ok lagi, ni kayu 3...berat tue syg....
puteri : xtahu la kwn2...saye pening la cmni...byg dye tue asik ekor org je....rimas2... cmne nk buang tak tahu lah....
azri   : relax ar puteri...nanti aku cari la sorang utk ko...klau dh jumpe yg sesuai aku bagi lah...x pon..susah2..aku kan ada..nk2 tak? hehe
mastura : xpayah la puteri..nanti dua2 kawan aku jd gile2 pulak..susah jgk hidup aku nanti.
fidah  : haha....betoi3...bile dua kepala dh bersatu..macam2 bole kluar jadi nanti nye ( eh ayat ape le aku ckp nie )
puteri : hehe...tak pe lah azri oi...saye nk org len lah..nk yang segak2 nye taw...
azri   : amboi korang..bunyi cam kutuk aku ja tue.. tak pe2....
fidah : alamak tacing la pulak member neh.
azri  : tacing lah...aku taw la sapa aku..
puteri : alala...ck abg jgn la cmni..meh sye pjuk meh..alolo...hehe... korg ni pandai je ubah mood kn
mastura : itu lah gune nye sahabat adik oi...susah sama2, senang pon same2...
puteri ; time kaseh sume...i'm proud 2 hav fren like u all...mmuaaah la...
azri   : korg ingat neh... jadi kan silam itu ckgu, masa depan pulak jd kan murid. cikgu yg ajar murid. silam mencorak masa depan....always think positive....ok gurls???
fidah : wah pesanan yg amat bermakna tue...
mastura : akan ku sematkan kata2 tue dalam hati nie
puteri : akan ku ukir nama mu di puncak gunung jerai...hehe
azri   : amboi puteri...behave k...
puteri : opssss...terlebih suda...
Bercinta memang mudah.

Untuk dicintai juga memang mudah.
 
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh....

buat sahabat2 ku....
kerana ilmu kita bertemu.....ukhwah terbina kerana perkenalan.....kerana cita2 perpisahan berlaku......kerana persahabatan insya ALLAh ia akan berkekalan....saye sayang anda....
terime kaseh sentiase bersame ku untuk meneruskan perjuangan hidup ini....




                                               

Saturday, April 23, 2011

C.i.n.t.a.....tidak harus memiliki

seperti dari pembacaan ku... renungkan...



Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang
muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..
pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah
berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, 
Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
 Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  

Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 2:

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri
Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…
Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….
Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”
Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.
Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 4:

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..
Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.
Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..
“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..
Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..

Friday, April 15, 2011

DoA ku, hArApAnku untuk mAsA depAn

mAmpu kAh aku menjadi seorAng isteri yAng solehAh seperti kisah ini? 
Aku ingin sekali....tApi aku takut, 
AndAi aku tidak kuat & tidAk dApAt menjadi seperti yAng d hArAp kan....
sebelum ini, aku pernah membaca kisah ini, tapi,

kAli ini ketika ku terbAcA sekAli lagi semAsA sedAng mencAri
ideA untuk presentAtion ku, Aku merAsa
amAt sedih & terhAru SehinggA menitis AirmAtA ku...
dAn IA...
membuAtkAn aku berfikir sejenAk...

-- izinkan abg nikah satu lagi, boleh? --

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.

Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah

Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.

Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.

Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang.

Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung.

Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah.
Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu.

Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam.

Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...

Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak.

Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

yA AllAh..andai aku tidak dApAt menjadi seperti wAnitA ini, 
aku amAt berhArAp aku dApAt menjadi seorAng isteri yAng AmAt di senangi oleh suami ku nanti... 
KepAdA bAkAl suAmi ku yAng belum pernAh aku ketahui siApA dirinyA, 
terima lah aku seadAnya kerAnA aku 
seorAng insAn yAng mempunyAi bAnyAk kelemAhAn...
tetApi aku AmAt ingin menjAdi ketuA bidAdAri untuk mu di syurgA sAnA...
insyA AllAh....Amin3 yA rAbbAl'Alamin...

Wednesday, April 13, 2011

cat competition...

assalamualaikum...

baru2 nie, adik sye ckp, yong hantar la gmbr kt hot fm, pasal kucing..tp ble sye cek, dy kata kne ade no siri ape ntah. so sye ignore laa... n bbrpe hari lpas, ble sye dgr hot, diorg kata xde no siri pn xpe. 

wah..ape lg sye trus la m'hantar gmbr sye ngn kucing sye yg bernama putra..cube je le nasib coz dh last date kot time 2...



hari nie sye cek balik kt page hot fm 2..

dh kluar nama 10 finalist yg d pilih.

agak2, nasib sye BAIK ke  TAk?????

dukacita....huhu...xpe le, x m'harap pn sebenar nya...
nie lah ksemua 10 finalis yg bjaya ke final...agk2 mana yg menang nth nanti...
so tggu DAN lihat lah....










Saturday, April 9, 2011

kerja tambahan --> mAnggA

bunyi macam ade kerje sekolah tambahan je kn...??

tp sebenarnya bukan...kerja ini cerite nye bermule begini.......

malam td, kami ade kelas malam, almaklumlah nk dkt final nie,
silibus xhabes lg gara2 cuti tambahan yang kami dapat hari tue 2....
habes kelas dalam pukul 10.30, xbalik trus, pergi pusing2 kt expo 
mencari makan malam...
sesudah itu baru lah pulang ke kolej utk menikmati makanan tersebut....

bile sampai bilik ape lg, menuju ke almari ku tk menukar baju laen... tp anak kunci tue xley pn nk masuk mangga nye...aduh...apesal la pulak neh?????!

laaa.....tmpt nk masuk kan ank kunci tue dh lari kedudukan nye...
satu kt atas, satu lg termasuk ke dalam lak...
cmne ley jd begini?? mcm plat tektonik bergerak time gempa bumi tue rupe nye.



hummm...idea ape yg bole buat nk bukak bnda alah nie? terpandang batu 
kt tepi meje study...
(batu nie sbnrnye dh gune hari tue ketuk mangga lama sbb 
kunci tertinggal tempat laen)

berusaha banyak kali mengetuk mangga nye, tp batu yang hancus sdikit demi sdikit..alahai..sakit tangan saye memegang & menggenggam batu itu..sampai jari pn bengkak akibat penangan batu...adeh.... SAKIT !

setelah bermacam2 cara dh buat, berteleku la saye selame beberapa lame kt depan pintu almari 2 sambil memikirkan ape yg boleh d lakukan lg... penat duduk bersila, tarik kerusi pulak..budak2 bilik dh geleng2 
kepale dh tgk saye...huhu...
korg tlg la pkir skali nk buat cmne..........

last2,,,amik keputusan, biar je lah..sok baru klua mcari alatan2 
yg boleh bukak mangga 2...
nasib baik baju d ampaian ade, dh jd cam sehelai 
sepinggang dh dalam bilik sendiri..

hari nie ajak kwn g kuar...xtaw nk potong mangga 2 pkai ape...lame gak lah bpikir dpn alatan2 tue time kt the store td...pkir pnye pkir..
xjadi beli kt situ, 
sye mahu mcari org yg menjual peralatan2 2, 
mesti diorg tawu ape alatan yg paling effective...kn3?? 

dan AKHIR nya...gergaji besi kecik berjaya memotong mangga itu....
sakit lah tangan nk buat proses 2...
DOUBLE sakit..semalam & hari nie....

alahai...hummm... terima kaseh kpd kawan ku 
cik AZI kerana sudi membantu :)

minggu lepas mangga nie yg sye kerja kan



tp minggu nie mangga yg jenis nie pulak


Friday, April 8, 2011

fizikal = mental

di kala rasa lemah ini menjengah, hati menjadi serba x keruan. 

Ya Allah...Engkau berikanlah pada hamba MU ini kekuatan untuk menempuh perjalanan ini. 

Berikanlah aku kekuatan untuk menghabiskan semester pengajian ku ini dgn penuh kejayaan.

Kurniakan lah petunjuk hidayah MU kepada ku agar aku tidak tersasar ke jalan yang tidak lurus.

Kuatkan lah iman & hatiku untuk meneruskan kehidupan di negeri orang ini. Aku hanya seorang perantau yg tiada siapa di sini.

Ya Allah...peliharalah perhubungan ku dengan rakan-rakan ku...
berkati lah mereka kerana mereka menemani ku di sini untuk bersama2 meneruskan perjuangan menuntut ilmu. 

Ya Allah...kurniakan lah aku seorang sahabat yang sanggup bersama2 ku di kala susah & senang.
moga hamba utusan MU itu dapat menjadi perantara Mu untuk membantu ku di sini.
semoga aku berjumpa sahabat itu di sini. insya ALLAH.


Ya Allah..Engkau berkatilah kedua ibu bapa ku...ampunilah dosa2 mereka...

aku amat merindui mereka.. berada nya aku di sini untuk menjadi seorang anak yang ingin berbakti kepada mereka...

Ya Allah...berikanlah aku menjadi seorang anak yg solehah..serta menjadi hamba MU yang bertaqwa... 

Amin...

finAl nAk MunCul dAh

assalamualaikum...

ujung april nie kami nk final dah..sekarang nie kalut dengan last test & kne submit report2 serta mem 'present' report2 tersebut... alahai... dengan assignment lagi kene buat...

tapi sekarang nie kte berehat sekejap...menulis pulak...sambil memeluk bantal sye 2 ck penguin sye..hehe...


comei tak? hehe


ok.... now is time to sleep...gud nitez........zzzz....wassalam

cerite

ape cerite kte kali nie??

crte nye....ptg tadi saye mendengar kawan saye bercerite...
mengenai beliau membuat surprise date ngn boy nye...
bezday pakwe nye le kate kn...sblm2 nie beliau x pnh buat ape2 time bday en boy nie
walaupn dh lbh 5 taun diorg same2...kali nie dy buat kelainan la cket...
excited o dgr beliau nie bercerite... 
mule2 yg surprise... beliau masak kek coklat utk bday boy 2..wah2,
menunjuk kan kepakaran nampak..hehe...

agaknye cm nie la kot rupe kek 2



okey...2 surprise yg pertama..yang kedua nye pulak....
date di restoren atas pokok...
eh...!?? nie patut nye yang pertama..alahai terbalik la pulak...hehe...


siap maen boking2 lagi bdk nie..cadang nk buat candle light dinner,
tp xjadi lak...kecian...
ok..yg ke 3 lak...mase utk bg adiah..... ape hadiah nye????
ce teke x2...hehe... couple watch....siap ade ukir nama lg 2....
yg paling seronok d dgr....tntang reaksi en boy tue...
kate kwn nie..dh mcm nk nangis terharu dh...
hehe...best nye....

hurmmm...dlu...saye pn pnh nk bg bnda yg same dkt seseorng...
tp malang nya tak kesampaian...huhu....
(alamak bertukar mood pulak)

dh2..kembali ke topic asal...

agak nye cm ni lah jam yg mbuat seorg lelaki terharu menerima
pmberian dari seorg ppuan...agak nye lah.....


sekian...trme kaseh....

Friday, April 1, 2011

banjir...

2 hari lepas..amaran bnjir di arau berada d tahap jingga...
semalam pulak...amaran dh tahap merah...
hujan xberhenti2 dr pagi la..amat lebat...
longkang2 d kampus sudah d penuhi air...
kwn d kolej bg twu pengumuman dh kluar..
semua org kne simpan air, beli makanan byk2 utk bekalan..& kluarkan duit cpt2 dr atm...

malam sebelum 2..kami belajar OSHA...lecturer kami kata..
1st yg perlu kita buat ble emergency...
"don't panic...."
so...ape tndkan kami ber '5'???
kite kluar dari campus...cari mkn dlu..lapar oo...
then baru kte cari bekalan mknn...
lalu dkt atm...wah...rmai giler brtur nk amek duit...
tp ble kami nk lek cmpus blik...
keadaan dh jd cm huru hara...
kelas semua d batalkan..dh la nk dkt final neh..
anjung penuh dgn student...nk naek bus lek kg...
dah la kt cni ade 9000 student..maw x haru...
alahai...don't panic my fren...



kwsn2 d luar air bnjir dh naek...ksian kt rmh2 kt kwsn rndh...
jalan raya pn dh naek air..
mknn dlm kolej pn dh naek harga...
darurat toi keadaan time 2...

bus2 ulang alik hantar bdk2 neh g stesen bus alor setar..
yelah..kangar dh xley p air dh ttp jalan kn...
kami pn berulang jgk la menghantar kwn2...

sampai ke malam..still hujan d cni...xtwu paras air cmne..
sebelum ni empangan dh lepaskan air..sbb 2 bnjir...

hari nie...cuaca seakan baik..panas kdg2...
insya Allah air pn boleh surut..(andai keadaan ini berterusan lah)

tp DIA yg aturkan segalanya..
kita hanya perlu berciap sedia menerima nya