ahlAn wAsAhlAn

Sunday, May 29, 2011

perpisahan ini...

~aizat~

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini


Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Monday, May 9, 2011

berat hati

terasa hati ini berat je nak tinggal kan kolej yg telah 4 bulan aku duduki ini. best ke dok kolej??? kolej nie same je kan macam asrama...cume asrama adalah perkataan yg digunakan untuk budak sekolah... kan?

dulu pernah la duduk asrama selama 2 tahun..alhamdulillah walaupun itu 1st time, tapi semua nya ok je...mcm org yg ade pengalaman jew....

8 tahun dulu, bile lepas habes UpSR...memang teringin sangat nak masuk asrama. kenape entah tak tahu la? pe ke best nye dok asrama kene buat semua bnde sorg2?? w ' alam...

tapi itu le keinginan zaman budak2 dulu... berangan nak masuk asrama sekolah itu la sekolah ini lah...tapi last2 abah kata...

" tak payah la masuk asrama, ddk je rumah..same je pn blaja nye..." alahai~ sedih ati kcik nie mendengar nye... sebagai anak yg taat..dengor je le...

pastu abah cakap lg... " form 1 nie ddk rmh je, nanti masuk form 4, pergi lah ke mane yg puteri nak pergi "
wah.. bunyi macam satu kebenaran tue....

blaja la selame 3 tahun d skolah itu..cume bertukar kelas je... sbb normal class sesi ptg kn.. so sye btukar ke kelas sesi pagi lak ( spesel case cket ) hehe...

result pmr ok-ok jew..x cemerlang sangat pun... then masuk form 4...saye bertukar le arah saye ke sekolah asrama.. di mana? negeri jelapang padi... memang jauh le dari tempat asal saye nye...dah alang2 nak masuk serama, baek g jauh kan? hehe


setelah dua tahun d sane..melalui pahit manis pengalaman yg di timbe dari negeri orang, pulang lah semule saye ke pangkal jalan ( pulang ke tempat asal lerr )


lepas tue pulak.. kene tahan lagi... kitew tak ley g mane2, yang dekat je bole...alahai...sekali laagi....
maka 3 tahun jugak lah sye berada di tempat asal ku..

sekarang..saye merantau semula...ke sni..selama 2tahun ini..insya ALLAh...
dan masih lagi terase berat hati kerana sem telah abes.... bilik 3074... 4 orang penghuni...asalnye semua tidak mengenali satu sama lain..

tapi setelah mengenali...rase nye semua nye bole bersame2 dduk d dlam satu bilik ini.....dengan aman & harmoni...bilik d jaga dengan rapi... sejuk mata memandang keadaan bilik kami, kemas jew ( bak kata pelawat2 ler ) bertambah2 sejuk le suasane bilik kami yang tercinta.... :) alhamdulillah...

lepas nie..lame lagi le akan berjumpe balik..nak jumpe pn maybe susah..dh masing2 berlainan kos kan...cume yg same kos tue lah yang akan saye jmpe..skrg ni roomate..tapi nanti akan berubah status menjadi housemate plak...insya Allah....

kawan2..semoga berjaya dlm exam yg korang dh buat tue..saye tinggal satu paper je lagi...
korang balik kg elok2 taw...saye xdapat balik kg...ade kekangan cket... sye akn ke rumah kakak yg sye sayangi sementara menunggu short sem saye bermula...

ukhwah fillah kawan2.....


Wednesday, May 4, 2011

BERTUNANG TANPA IBU BAPA.

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

topic ini pernah di utarakan semasa belajar kekeluargaan islam 3tahun dulu dgn Ustaz Sukri yg amat di sayangi.. tapi ramai yg tidak mengetahui berkenaan hal ini..

Jawapan:
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.


Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.






Kesimpulannya, perlulah kita berhati-hati dalam percakapan kita dengan bukan muhrim terutama bagi yang sedang 'bercouple'. Kadang-kadang secara tidak sedar kita dah jadi tunang orang.

RENUNG-RENUNGKAN. - renungan untuk diri sendiri sama-

Tuesday, May 3, 2011

alhamdulillah

Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"

"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..

Mengapa masih ragu-ragu?"

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan...

"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-


~ ada hikmah di sebalik semua kejadian nya ~
- trime kaseh pade penulis, lupe link yg mne-

Monday, May 2, 2011

soleh & solehah

jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si soleh, tetapi berusahalah menJADI yang

solehah,.. jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah

menJADI yang soleh. bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal...bertemu yang soleh,

solehnya boleh berubah,..kerana si soleh & si solehah adalah insan biasa,..


*pErKaHwInAn aDaLaH sEbAhAgIaN dArIpAdA pRoSeS uNtUk MeNjAdI,..BuKaN mEnCaRi,..*


Sunday, May 1, 2011

Persoalan Sebuah Perkahwinan

selepas bertunang, kita akan melalui fasa seterusnya iaitu perkahwinan..

entry nie sye copy dr pembacaan sye..share untuk renungan bersama..semoga ALLAH merahmati penulis asal nya kerana berkongsi pengetahuan nya bersama..insya Allah...


Bila kita membuat keputusan untuk berkahwin, mesti kita buat keputusan dengan ‘purpose‘. Takkan la tetiba orang tuh bangun pagi tetiba rasa ‘eh nak kahwin laa hari nih‘. Mesti tak kan.

Sebab kahwin bukan untuk sehari, tetapi untuk seumur hidup, pasangan yang akan kita bawa sampai ke syurga. Dari pasangan itulah kita nak zuriat yang mendoakan kita bila kita sudah meninggal dunia nanti.

Jadi, kita mesti ada alasan yang kukuh kenapa kita NAK berkahwin, dan kenapa kita KENA berkahwin.

Semua setuju dengan tujuan perkahwinan yang secara general seperti memerlukan teman hidup, fitrah manusia, untuk mendapat anak, sunnah nabi dan etc. Tapi setiap orang pun mesti ada specific ‘reason‘ kenapa dia nak berkahwin dan kenapa dia kena berkahwin.

NAK berkahwin dan KENA berkahwin adalah dua perkara yang berbeza. Semua orang NAK berkahwin, tetapi NAK berkahwin tidak ‘justify’ kenapa kita KENA berkahwin.

Sama la kenapa kita NAK makan, mungkin sebab kita lapar, sebab makanan tu sedap atau itu makanan kegemaran kita, tapi kita KENA makan sebab kita nak kena hidup.


Jadi kena fikir dan bezakan dengan betul, kenapa kita NAK kahwin dan kenapa kita KENA kahwin. Bila kita NAK kahwin kita selalu fikirkan perkara-perkara yang menarik sahaja dalam perkahwinan dan kadang-kadang NAK tuh bahagian nafsunya yang besar tetapi pertimbangan akal dan rasional mudah dikaburi.

Tapi kalau kita fikir kenapa kita kena kahwin, maka kita akan fikir dengan lebih serius dan mendalam.

KENA kahwin akan membawa kepada persoalan KENAPA berkahwin?

KENAPA berkahwin adalah persoalan yang paling penting untuk dijawab, kerana ia akan menentukan halatuju perkahwinan kita kelak. Kalau kita kahwin untuk suka-suka atau sebab kita sangat-sangat cintakan si dia, maka itulah yang akan membentuk perkahwinan kita nanti.

Seterusnya persoalan KENAPA akan membawa kepada SIAPA yang ingin kita kahwini. Pada seorang lelaki, gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak nya?



Selalu jugak fikir, adakah umur 22 terlalu muda untuk berkahwin?

Kalau orang memilih untuk kahwin pada usia muda, maksudnya dia seharusnya memikirkan dengan mendalam persoalan KENA dan KENAPA dia berkahwin.

Jika sekiranya perkara tersebut tidak betul-betul difikirkan, mungkin ia adalah tindakan tidak matang dikala usia muda. ‘Impulsive behaviour‘ mungkin. Atau ‘external pressure‘ bila tengok kawan-kawan sorang demi sorang kahwin (terutamanya muslimat).

Bila mula-mula ambil keputusan untuk berkahwin, rasanya dah jawab kepada diri sendiri persoalan NAK, KENA, KENAPA dan SIAPA, tetapi perlu difikirkan dengan lebih mendalam akan persoalan KENA dan KENAPA.

Semalam bila berbual-bual dengan seorang teman bertanyakan tentang pengalamannya menempuh alam perkahwinan, dia bertanya soalan KENAPA berkahwin kepada aku.

Seperti baru pertama kali mendengar persoalan itu diajukan oleh orang.

Selalunya orang akan bertanya tentang dua soalan ‘penting‘ iaitu SIAPA dan BILA. Soalan yang kita sendiri tak larat nak jawab dan hanya mampu senyum tersimpul-simpul sahaja.

Pertama kali orang bertanya, KENAPA. Itulah soalan yang lebih penting untuk ditanyakan kepada orang yang bakal berkahwin, kerana ia akan membuatnya berfikir dan berfikir. Ia akan membuatkan dirinya berusaha membuat persediaan kearah mempersiapkan diri bagi memenuhi tuntutan kepada soalan KENAPA tersebut.

Bila kawan anda memberitahu pada anda dia ingin berkahwin, soalan pertama yang perlu ditanya adalah KENAPA berkahwin?

Bila anda tanya soalan itu padanya, pasti dia akan terpana dan berfikir sebentar. (tapi jangan bunuh keseronokkannya memberitahu anda tentang kebahagiaan yang bakal mendatang untuknya)



Dah lama terfikir satu soalan nih. Macamana 2 orang manusia (lelaki dan perempuan) boleh membuat keputusan untuk sehidup semati dan memberi komitmen kepada seorang manusia lain untuk seumur hidupnya.

Bukanlah mempersoalkan sebab pelik tetapi sebab kagum dan merasa takjub dengan sifat manusia. Dalam lautan manusia dibumi Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja.

Tak bosan kah? Tak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama saban hari selama 50 tahun mungkin.

Mungkin persoalan itu bakal terjawab bila sudah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Mungkin itulah kuasa cinta yang disandarkan kepada Allah yang perlu dirungkai dialam perkahwinan nanti. Dan itulah hikmah penciptaan Allah

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Qs. Ar. Ruum (30) : 21)

Semoga Allah mengurniakan sebuah rumah tangga yang penuh keberkatan, bersama suami / isteri dan anak-anak yang soleh.

“Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang yang muttaqin.”(Surah al-Furqan:74)

4 bulan

Alhamdulillah sedar tak sedar rupe nye sudah cukup2 4 bulan sye menjejak kan kaki ke cni. sungguh cepat masa berlalu walaupun kite menyedari hal itu.

di cni tue d mane 2??  ala..d cni lah..tawu kan cni nie???
UiTM akan sentiasa berada di hatiku...syg ayahanda Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar....trime kasih kerana sudi menerima anakanda sekali lagi untk menjadi warga UiTM...

memetik kate2 ayahanda -
'GIVE CHANGE A CHANCE
UiTM has the means to change the destiny of the Bumiputras. Every student who is provided with the opportunity to be in UiTM is able to change his destiny and subsequently that of his family.' Gunalah peluang yg diberi ini utk Mengubah Destini Anak Bangsa. Marilah kita bersama2 perjuangkan "mengubah nasib bangsa kita." Jangan sia2 kan peluang yg diberikan.

walaupun tercampak jauh di hujung negeri tanpa bersama2 rakan2 lama yg lain, anakanda tetap bersyukur..peluang yg di beri xkan di sia-siakan.

harapan ummi & walid akan anakanda realisasikan.. UiTM mengubah destini anak bangsa..