ahlAn wAsAhlAn

Saturday, October 22, 2011

Puisi: Aku Mencintaimu



Aku mencintaimu
Karena kau umpama bintang
Meski terkadang hilang
Kau tetap bercahaya
Jauh di relung-relung jiwa

Aku mencintaimu 
Karena kau seperti dian
Yang menyala-nyala di dalam dada
Menghangatkan jiwa
Terus hidup dalam segala cuaca

Aku mencintaimu
Karena aku harus mencintaimu
Ruku' dan sujudmu
Membuatku rindu

Kukata padamu,
"Aku mencintaimu, ya, aku mencintaimu.
Kau dengar itu
Aku mencintaimu
Karena ruku' dan sujudmu pada Tuhanmu

Aku mencintaimu
Karena kita satu jiwa yang padu

Di tanah suci ini
Ku kan mengucap janji
Dan bangunan suci itu
Yang akan menjadi saksi bahwa
"Aku mencintaimu untuk selamanya."

* Puisi ini dipetik daripada cerita Ketika Cinta Bertasbih dan ditujukan khas buat mereka yang amat kucintai. 

bonda, ayahanda, kandaku, adik-adikku, saudara-saudaraku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan semua saudara seagamaku di seluruh dunia. 

Aku mencintai kalian kerana Allah SWT. 

Semoga Allah memberkati kita semua. 

Insya-Allah. Amin.
 

BERCOUPLE, DALAM ISLAM YG SEBENARNYA IALAH




  Cinta bukan pada Couple, Cinta bukan pada I ♥ U, 
                                 Cinta tak terletak pada I Miss U, Itu semua cinta nafsu..
                                                                  Na'uzubillah..
          Cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabqabul dilafazkan.. 
           Ketika itulah tujuan Cinta menjadi kerana ALLAH 
           ♥
Satukanlah Cinta kerana Allah...
InsyaAllah... ^__^♥
 


~ PERCINTAAN DI KALANGAN REMAJA ~

cinta yg dilakukan oleh remaja masa kini

~ cinta yg lahir sarat hawa nafsu & menyimpang drpd matlamat yg murni....
~ Malah ramai yg menyalahertikan makna sbnr cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan & tatasusila seorang mukmin....
 ~ saban hari kita didodoikan dgn lagu cinta & dipertontonkan kisah cinta yg menghanyutkan kita ke dunia khayalan yg merugikan....

~ Gaya Percintaan Remaja Masa Kini ~

  ~ saling berpandangan~
  ~ berpegangan tangan ~
  ~ berdua-duaan~
  ~ berciuman ~
  ~ saling berboncengan~
  ~ menyerahkan 'segalanya'~

---> Situasi Yg biasanya terjadi di kalangan remaja yg ber'couple'

       ~ Perjumpaan pertama kedua2nya belum saling kenal.~
       ~ berkenalan baik melalui perantara teman atau inisiatif sendiri ~
       ~ hubungan pn berlanjutan, penilaian terhadap sang kenalan terasa begitu manis~
       ~ pertama ia nilai dgn daya tarik fizikal & penampilannya, mata sbgai juri~
       ~ senyum pn mengiringi~
       ~ hati rindu menggelora~

       ~ pertanyaaan yg timbul kemudian adalah kata2 pujian~
       ~ bila bertemu, ia akan puaskan rasa rindu dlm dadanya~
       ~ Pengungkapan diri & pertalian, di sinilah tahap ucapan I Love You
            " Aku mencintaimu"~

       ~ rasa cinta yg menggelora pd sang kekasih seakan tdk mampu utk menolak ajakan sang kekasih
             " buktikan cintamu sayangku"~
       ~ buktikan cinta?.....adakah dgn menyerahkan segala-galanya....wang, maruah, tubuh, kemaluan....
      ~ Adakah anda sanggup mengabaikan larangan ALLAH terhadap 'bercouple'...
          sesungguhnya azab ALLAH tersangatlah pedih..............~
    
~ Kepentingan menutup aurat utk mengelak dari MENARIK PERHATIAN YG BERLAINAN JANTINA~

i) wanita

~ memang tdk dinafikan sehingga hari ini masih ada golongan yg beranggapan bhwa memakai jilbab (pakaian labuh) dan khimar (tudung) merupakan satu perkara yg tidak moden atau ketinggalan zaman~
~ perlu ditegaskan bahawa seorang muslimah selamanya akan berdosa jika tdk mengenakan jilbab & khimar yakni menutup seluruh anggota tubuh kecuali muka & tapak tangan~
~ Adalah silap seandainya kita beranggapan berjilbab & khimar itu sudah memadai tetapi sekiranya berpakaian ketat atau menampakkan bentuk tubuhnya sehingga boleh menimbulkan syahwat bagi yg memandangnya masih dikira tidak menutup aurat~

ii) Lelaki

~ wajib menutup auratnya yg sebatas pusat dan lutut dan tidak boleh dilihat oleh orang lain~

* CINTA yg hakiki*

3 cinta yg perlu diletakkan paling atas dlm hati setiap insan ialah :
     i) cinta kpd Allah
     ii) cinta kpd RAsul
     iii) cinta kpd jihad

Islam menyeru kpd CINTA iaitu cinta kpd ALLAH, cinta kpd Rasulullah, cinta kpd jihad, cinta kpd agama, cinta kpd akidah, juga cinta kpd makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sbgai sebahagian tanda & bukti kekuasaan NYA~


~cinta adalah tanda kehidupan rohani dlm akidah org mukmin, sama ada dlm kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan.~ iman dlm Islam ditegakkan berdasarkan cinta & kasih sayang~


~ Ia adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa2. Cinta dpt membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dgn perasaan cinta & dicintai.~


*CARA YG ISLAM ANJURKAN*

~ cintailah org yg mencintai Allah ~ xperlulah berdating ~ xperlulah bergayut kat telefon berjam-jam ~ 
  
~ kalau kita betul2 minat kt seseorang perempuan tue :

     = tanya dia sama ada dia sudi jadi teman hidup kita suatu hari nanti
     = & bolehkah dia berjanji utk setia sekiranya ada jodoh 
     = kalau perempuan tue kata ok....(cantekkk..)
     = dan buka balik cerita te bila dua-dua dah bersedia nk kahwin
     = sepanjang tempoh tue....
     = cukuplah sekadar kita tahu yg kita saling mencintai
     = langkah seterusnya....
     = tawakal pada Allah, Allah telah menentukan pilihan yg terbaik utk kita...


 * Cara2 untuk mengenali pasangan selain bercinta....ialah dgn meminang*


~Timbul persoalan utk memahami peribadi seseorang yg kita sukai itu adalah hanya dgn bercinta. sebenarnya cara yg Islam anjurkan adalah dgn meminang.
~ Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan Islam membolehkan org yg meminang melihat yg dipinang dgn ketentuan yg telah ditetapkan oleh Islam~
~ Dalam tempoh meminang, pasangan boleh mengenali peribadi masing2, maka tiada sebab mengatakan Islam tidak mengambil berat tntng hati & perasaan pasangan yg hendak mendirikan rmh tgga~
~ tetapi meminang itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sbgai suami-isteri atau sebagai lesen utk melakukan perkara2 yg boleh dilakukan spt suami-isteri atau bebas diheret ke sana sini tanpa mengawal batas.






* KESIMPULAN tentang percintaan remaja yg tidak mengikut apa yg telah dibawa oleh Islam*


~Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yg bersifat 'harus' dilakukan atau dgn kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian~
~ apa yg paling menyedihkan & mendukacitakan lagi kebanyakan 'pelakon2' ini terdiri dari kalangan yg mengaku diri mereka 'muslim'~


~ adakah Islam mempunyai ruang kebenaran utk 'bercinta-cintaan' mengikut konsep muktahir yg dipegang oleh masyarakat kita?~
~ pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk 'adik angkat' tetap HARAM hukumnya~
~ remaja sdh tergiur dek keenakan hidangan dunia sehingga tdk sedar ianya membahayakan~


Dari kajian secara dalam & menyeluruh (al-fikrul al-mustamir) terhadap reality dpt dibuktikan bahawa pergaulan bebas adlah benih segala permasalahan.


~ kecenderungan menyukai insan yg berlawanan jantina dgn kita adalah satu fitrah manusia yg mempunyai gharizah Al-nau' 9 naluri utk mengadakan keturunan)~
~Islam memerintahkan seorang lelaki & perempuan agar menundukkan pandangan mereka ( bukan bererti harus memalingkan muka @ tunduk) tetapi tunduk dlm erti kata menahan pandangan yg disertai syahwat~


~ Terdapat dua kemungkinan pengertian mengenai percintaan :


    i) Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan @ sebaliknya.
    ii) Dua insan yg lawan jenis yg saling mencintai.


~ Lalu ada yg berdalih bahawa utk memahami calon suami @ isteri kita harus byk bergaul~
~ selamanya seorang muslim akan terus berada dalam keadaan berdosa selama dia masih berada di bawah naungan 'percintaan'~


~Kesimpulannya, tidak ada ruang atau kebenaran yg menghalalkan proses percitaan apatah lagi dgn konsep percintaan mukhtahir ini.~


~ Jelasnya, bercinta bukanlah jalan utk mengenal kaum berlawanan kita. Bahaya sebenarnya bercinta ni, cuba bayangkan selepas anda dah serahkan segalanya pd buah hati anda, tiba2 sesuatu terjadi, tiada jodoh antara kalian berdua, apa mahu buat skrg???~


~ tidak rasa bersalahkah nanti pada bakal suami/isteri???~


RENUNGKANLAH......


satu pertanyaan yg memerlukan jawapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sudahkah kita sbgai seorang muslim yg mengaku beriman kpd Allah & rasulNya mengikat diri kita dgn aturan Allah....?


Berdoalah...Allah itu Maha Penyayang. Sesungguhnya telah diciptakan lelaki & perempuan untuk mereka hidup berpasang-pasangan. Jodoh, ajal, maut semuanya telah ditetapkan Allah. Setiap org telah ditentukan jodohnya, hanya qada' & qadar menentukannya....


Akhir kata...maaaf andai terkasar bahasa...perkongsian bersama untuk renungan bersama.... sesungguhnya saya hamba yg lemah yg mempunyai byk kekurangan....
renung-renungkan & selamat beramal....



Cinta itu FITRAH..
anugerah yang diberikan oleh Allah ke dalam hati hambaNya..
jika dirimu MENGHORMATI anugerah ini, 
maka JANGANLAH menodainya dengan hawa nafsu..kamu mencintainya, 
tapi juga harus MEMAHAMI bahawa cinta tidak harus MEMILIKI..
yang membuatkan dirimu berfikir untuk MEMILIKI insan 
yang kamu cintai itu adalah NAFSU..

Thursday, October 6, 2011


Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku,
imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yg bersama perjalananku nanti

Aku percaya kau sedang memperbai...ki dirimu, memantaskan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak

Aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cubaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan problematika ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu untuk ummat

Aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat,yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti

Aku percaya Al-Qur'an selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan zikir slalu melantun menemani langkah jihadmu

Aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu,menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu

Aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya karnaNya

Aku percaya,kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada

Aku pun begitu sayang

Aku sedang belajar… belajar menempa diri,menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain,agar baktiku padamu pun sempurna

Aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aq inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… kerana kau tahu?meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti

Aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku,agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu

Aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu,yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu

Akupun ingin menjadi ‘aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang,seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya,saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakiti ‘aisyah”

Aku ingin mejadi fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan kerana aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil,tapi kerana aku ingin mencintaimu dengan sempurna,tanpa diganggu oleh cemburuku,itu saja

tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan.. tak takut akan kehilanganmu, kerana keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu cintaku padamu,tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku… 

usahaku ini tidak mudah sayang,begitupun usahamu..kuyakin itu.. maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhiarmu… 

aku yakin kau kuat disana,dan doakanlah agar akupun kuat dsni dalam jihad dan ikhtiarku,bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu,kumohon kerana doa yg dapat menolongku hingga saatnya, 

kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bisa mejadi khadijahmu,‘aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda hajar tapi 

bimbinglah aku menjadi seperti mereka dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti untuk melanjutkan estafet perjuangan dakwah ini… teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah bawalah aku dalam doa dan sujudmu,agar cinta kita nanti, hanya karnaNya…

aamiin,

Wednesday, October 5, 2011

teruntukmu....

Bismillahirrahmanirrahim...
Untuk CALON SUAMI dunia akhiratku..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
b


Duhai calon pemilik tulang rusukku,
aku akan segera hadir dalan dinginnya malam dengan hangatnya jiwa.
Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu.


Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku,
menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita.
Ku kan berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah
arus angin yang berhembus.




Duhai calon imam dalam solatku,
aku akan selalu hadir dalam cintamu kepada ALLAH,
dengan siap aku akan menghamparkan sejadah
sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..
InsyaAllah akan sempurnakan solat kita.
dengan deru doamu seiring "aamiin" dari lisan ku.


Dalam hening malam air mataku ini tak henti
 ku titiskan bercahayakan munajat doa.




Duhai calon pemilik tangan gagah
 yang menolongku ketika aku terpuruk jatuh...
Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita,
ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona,
menyembuhkan segala perih dalam jiwamu...




Duhai calon pengusap air mataku,
 sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis,
 usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tidak menangis,
 dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya 
ketika engkau pulang dari berjihad.




Duhai calon ayah dari para mujahid-mujahidah kita,
aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak-anak kita,
kan kutanamkan ilmu agama agar mujahidah kita takut akan Rabbnya,
santun pada kedua orang tuanya, menghormati orang2 yg lebih tua.
Akhlakul karimah yg baik kan kusisipkan dalam 
perilakunya semenjak kecil.




Duhai calon nakhoda yang akan membawa keluargaku ke syurga...
Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman....





Wahai calon Imamku yg akan bertakhta di hatiku,
jika engkau mengharapkan harta,
aku pasti mengecewaknmu. 

jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri,
aku pasti mengecewaknmu. 

jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, 
aku pasti mengecewaknmu. 

kerana aku hanya wanita biasa dgn ketakwaan yg biasa saja, 
dan kecantikanku pun tak pantas di perhitungkan, 

namun aku adalah wanita akhir zaman, 
yg ingin berusaha menjadi wanita Solehah, 
yg akan berusaha mengabdi pada Suamiku.. 


InsyaAllah.. Amin Ya Rabb.. 



~sesungguhnya aku amat
merinduimu...



sumber : syahiruldotcom

Tuesday, October 4, 2011

‎(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
                                                        ´*.¸.•´  ..dua bilah kayu disatukan dengan paku..

dua ketul bata disatukan dengan simen..



dua hati disatukan dengan apa?

                                             >>> Jawabnya, dengan IMAN..



Dua HATI yang BERIMAN akan mudah disatukan..(。◕‿◕。)


Jika dua hati MENGINGATI yang SATU

pasti mudah keduanya BERSATU.” 


(Ust. Pahrol Mohd. Juoi)


sumber : http://www.facebook.com/pages/Lelaki-Soleh-Idaman-Wanita-Solehah/