lama tidak berkesempatan untuk menukilkan kata disini...
kekangan waktu bersama ketiadaan charger cik C membuatkan bertambah
alasan untuk tidak menaip disini...
tika ini, alhamdulillah berkesempatan untuk ke tempat lain meluaskan pandangan yang terbatas sebelum ini.. semester ini dipenuhi dengan berbagai aktiviti yang mencabar mental & fizikal...
universiti putra malaysia, tempat tujuan kini...bersama sahabat lama, mengimbau bersama kenangan ketika zaman persekolahan...melawat mereka disini seketika sebelum menghabiskan cuti beberapa hari di kampung bersama keluarga tercinta...berpeluang ke majlis ilmu..bertemu mendengar kata-kata ustazah pilihan Siti, Imam Muda Nazrul dalam Karnival Ilmu Upm..
Disamping itu mengambil kesempatan untuk melawat tanah Upm..semestinya ke ladang dan kebun berikutan sahabat tersayang merangkap kakak yang tak rasmi mengambil jurusan tersebut. teringat suatu ketika dahulu pernah menjadi seorang pelajar pertanian..
sahabat tersayang
sebelum berkunjung ke sini, masih sempat mengikuti program di arau...Survival Mahasiswa Uitm....program yang kedua yang diikuti kerana bulan march sebelum ini telah terpilih untuk mengikuti program yang sama di Uitm penang. pada masa itu, uitm menyatukan 4 uitm cawangan utara (perlis, kedah, penang dan perak),untuk program pertama tersebut yang seterusnya diadakan di setiap cawangan pula...
banyak manfaat yang diterima dari program yang di inspirasikan dari ayahanda uitm ini... rasa bertuah dan makin menginsafi diri berkat dari motivasi saudara penyampai dari jakarta itu...
2 minggu sebelum itu, mengikuti program sukan fakulti...berikutan sem ini adalah sem terakhir, kami memberikan sokongan yang penuh untuk program ini..
"last sem shoud be da best sem.."
insyaAllah..dan pastinya result juga kena best berbanding sebelum ini..aminn
Opkim 2012 menjadi memori yang terindah untuk semester ini...
berpeluang untuk ke kampung siam, belajar cara kehidupan mereka yang berbeza adat dan budaya,
merupakan pembelajaran yang bermakna..bukan setakat itu sahaja, malah menambahkan tali persaudaraan sesama Islam...