ahlAn wAsAhlAn

Wednesday, March 23, 2011

warkah untuk ummi....

bismillahhirrahmanirrahim...

assalamualaikum wahai ibunda tercinta,

kayfa haluki ummi ku yang berada jauh d sana..? anakanda berdoa ummi sentiasa sihat walafiat...insya ALLAh...
anakanda mendapat berita bahawa berlaku sdkit kecelakaan pada ummi..innalillahhiwainnailaihirojiun....bgaimana perkara tue berlaku ummi? anakanda berharap tiada kesan sampingan muncul d sebalik kecelakaan itu..

anakanda d sini amat merindui ummi..ummi pn begitu jga kan? tiada siapa yg menjadi peneman ummi utk bercerita & meluahkan perasaan. insya ALLAH ummi, anakanda akan selalu menemani ummi..wlau pun jarak yg jauh memisahkan kita utk kerap berhubung...

tiap kali bhubung..ummi akan bertanya anakanda mengenai kehidupan anakanda d sini...ummi juga akan bercerita mengenai kehidupan keluarga kita...tak lupa jga ummi bertanya mengenai seseorang yang pernah berada d hati anakanda...

ummi...biarkan beliau pergi ummi..beliau sudah berjumpa dgn seseorg yang lebih baik dr anakanda...sudah d tetapkan oleh NYA bahawa jodoh kami tiada untuk bersama....jgn d kesali ummi...walau pn jauh d sudut hati anakanda masih tidak dpat menerima hakikat itu, tp anakanda tetap kuat untuk pasrah menerima takdir NYA...

tiap kali ummi bercerita, hati anakanda sentiasa pilu memikirkan ujian NYA yg d turunkan utk kita. anakanda sentiasa berdoa agar anakanda dapat mengubah nasib kita. semakin banyak ujian NYA kepada kita, bermakna semakin sayang DIA kepada kita. walau seberat mana ujian NYA itu, DIA tahu kita mampu utk menghadapi nya..betul kan ummi..? cuma terpulang pada diri kita bagaimana utk mghdapi & mngatasi nya...
DIA sentiasa bersama kita, memberi petunjuk & hidayah pd HAMBA NYA...

paling anakanda terharu...saat ummi mdengar berita yang anakanda masih bpeluang untk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tggi.. Itu lah doa kita bersama & ALHAMDULILAH akhirnya DIA makbul kan doa kita. anakanda dapat melihat wajah ummi d saat itu...terpancar sinar kebahagiaan & bersyukur atas kejayaan anakanda...saat itu anakanda sendiri juga terkejut...bergetar seluruh badan anakanda sambil mengucapkan syukur kpd NYA...

ummi slalu bkata...kasihan pd anakanda..terpaksa berkorban untuk keluarga...ummi jga berkata...kasihan anakanda perlu berusaha sendiri untuk berada d tempat anakanda berada kini...dari segi kewangan dan sebagai nya...

tp ummi...la tahzan..jgn bersedih ummi...anakanda seorg yang kuat..insya ALLAH.... anakanda akan dpt mengharungi kehidupan ini...AMIN.. walaupun anakanda sedar tanggungjawab anakanda amat berat...untuk menjadi seorang anak yang taat pada ummi & walid...untuk mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik...untuk menjadi seorng pelajar yg berjaya... & tak lupa juga sebagai seorang hamba yang ingin mcari keredhaan hidup d dunia & d akhirat...

trima kasih byk2 ummi d atas segala yg telah ummi korban kn utk anakanda... anakanda berharap dapat membalas jasa ummi & walid secepat yang mungkin..doakan anakanda berjaya d perantauan ini...
halalkan makan minum anakanda ummi...ampuni lah segala dosa yang pernah anakanda laku kan...
Jika DIA memanjangkan umur anakanda, anakanda akan pulang menemui ummi nanti...insya ALLAH... 


Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu 

No comments:

Post a Comment