ahlAn wAsAhlAn

Sunday, July 24, 2011

dAri hAwA untuk AdAm....

Adamku...
kau sebenarnya imam & aku adalah makmum. 
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika ka lalai, maka lalailah aku.
Wahai Adam...kau pnya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu 9, nafsumu 1. Akalku 1, nafsuku beribu...

Oleh itu...Adam..
pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai & lupa, sering tergelincir 
di tolak nafsu & konco2nya.

Adamku...
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan aku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku.
Lebih aku suka...kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu ,
agar nanti diberkati Ya Rabbi...

Kenalkanlah aku pada majlis2 agama ,
Ajarilah aku Yassin & memahami Al-Quran.

Kau ajaklah aku mengalunkan jantung
 Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah...
Khabarkan padaku tentang fardu2 yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar makruf nahi munkar....



Adamku....
Ajarilah aku agar aku menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca.

Selimutkan aku dengan iman & taqwa sebagai bekalan untuk ke jalan ALLAH...
Ingatkan aku supaya hormat, tunduk, & patuh padamu setiap waktu..

Tolonglah aku Adam...
agar aku tidak beku...Bantulah aku agar otakku 
tidak buntu...

Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung...
Pimpinlah aku menuju Nur Al Jannah...
Tarbiahkanlah aku supaya kelak aku calon serikandi solehah..
bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah...

Moga aku dapat menjadi secerdik Aishah Humaira Rasulullah...
Setulus hati & kasih laksana Siti Khadijah...
Sezuhud & sepatuh Rabi'atul Adawiyah...

Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah...
Seikhlas & semurni hati Halimas Saadiah....
& segagah & seteguh Nailah al-Farashiyah yg tegar meski tangan
bermandi darah membela Khalifah ALLAH....

Seindah hiasan adalah wanita solehah , 
moga aku hiasan terindah hidupmu Adam ku......  

Thursday, July 21, 2011

yAnG di cAri...

yAng di cAri... wAlaupun bukan putera raja , biarlah putera agama...

yAng di imPi.... biArlah tak punYa rupA , asal sedAp di pandang mata.....

yAng di nilAi.... bukan sempurna sifat jasmani ,
asalkan sihat rohani , sempurna hAti....

yAng di harap... bukan jihad pada semangat ,
asal perjuangan ada matlamat....

yAng di nAnti... bukan lamaran dengan permata ,
cukuplah akad & janji setia...

& yAng akan terjadi.... andai tak sama dengan kehendak hati....
aku redha dengan ketetapan Ilahi....
itulah ketentuan sejak azali....

Aku berserah padaNYA kini...
kenangan2 dulu simpanlah di lubuk hati...

sampai masa nya nanti.... jika ia perlu dibuka kembali ,

Insya Allah ia akan terbuka dengan sendiri....
jika ia tidak terjadi.... kekalkan lah ia sebagai memori disanubari....

DIA yg amat mengetahui apa yg akan terjadi.....

Friday, July 8, 2011

warkah untuk mu teman

alhamdulillah dua org rakan ku telah bertambah usia nya bulan Julai ini.. seorang pada 7hb dan seorang lagi 10hb.. ayie, wan...anda berdua adalah sahabat yang selalu di sisi apabila sya perlukan...

walaupun anda berlainan jantina, tetapi tiada masalah untuk kita saling membantu memberi pertolongan antara satu sama lain ( walaupn tidak bertemu muka)... saling membantu tanpa ada rasa apa2 pn d antara kira..batas-batas sebagai muslim & muslimah tetap terjaga rapi...

semoga dengan pertambahan usia kalian, kalian lebih cekal menghadapi hidup ini yg penuh dengan liku dan onak duri...percaya lah, ada khabar gembira yg akan diberikan kepada orang-orang yg sabar : Surat Al-Baqarah ayat 155...

semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke akhirnya...amin....

Wednesday, July 6, 2011

Pemilik cintaku selepas ALLAH & RASUL


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.


Sebenarnya dah lama selesai membaca buku nie...tue pun bila ternampak buku ini di rumah sahabatku xpn paling tepat sebagai kakak ku. Alhamdulillah banyak manfaat yg sye dapat apabila membaca buku ini. Indah sungguh isi kandungannya. sangat2 berguna bagi GADIS2 yang belum berkahwin. dan Alangkah bahagianya andai mendapat seorang suami seperti nya.

Watak Qaniah yang dinyatakan oleh penulis diadaptasi dari cerita yg asal dan ditukar nama wataknya untuk mengelakkan empunya diri mempunyai sifat mazmumah seperti riak' kerana memiliki kelebihan dan kesempurnaan ini.

dAn setelAh membAca...timbul persoalan..."siapa pemilik cintaAku setelah AllAh dAn rAsul....??? mungkin bilE lepAs bAcA buku nie...

Yang ade boyfren..rase cAm nAk clash jew... ( ye? )
Yang Bujang....terAsA Nak kAwen ( mcm Sye lAh )...
Yang dAh kAwen lAk...mesti terasa Nak membahagiAkan pasangannYa..
 ( nAk cAri bAgi Ummi bace xjumpe2 lAgi)

adakah kita telah bertemu "Pemilik cinta selepas ALLAH & RASUL"....???
jika yA..Alhamdulillah dan teruskan menyemai cinta kerana-NYA...
jika belum...bersabarlah..inSya-Allah anda akan temuinya nanti..mungkin diri kita belum cukup mencintai ALLAH & Rasul...

Buku ini bingkisan untuk membenihkan sebuah impian agar memelihara cinta.... ketahuilah cintailah ALLAH, nescaya cinta pasangan soleh pasti dimiliki. Insya-ALLAH...

"Bila dunia kehilangan cinta maka setiap wajah dalam bahaya

tapi sungguh cinta adalah kurnia dari dia sang maha pecinta

semoga Allah membuat hati penuh cinta maka damailah dunia

bukan cinta kpd rupa hanya cinta kpdNYA"

Sunday, July 3, 2011

warkah dari kakak kepada adik

Beliau baru berumur 18 thn..baru shja menghabiskan SPM nya..ttpi tidak dpt menyambung pelajaran nye ke peringkat yg lebih tggi lagi disebabkan kedudukan kewangan yg tidak stabil. 

Sebagai anak kedua di dalam fmly, beliau mengambil alih tugas sye sbgai seorng anak sulung yg sblum ini menyumbang kepada perbelanjaan keluarga.

Saya yg baru shja menyambung pengajian ijazah saya tidak dpt memberi bantuan yg byk kepada fmly seketika ini. Kekangan sbgai student menyebabkan byk perbelanjaan yg d perlukan untuk sya hidp di tempat org. duit pinjaman dan bantuan yg d terima sedikit sbyk dpt membantu perbelanjaan keluarga di rumah.

Sementara belajar, sye mengambil upah menaip daripada madam sye walaupun upah yg diterima tidak lah seberapa.

Saya meminta adik saya bekerja di salah satu tempat yg pernah sya bkerja semasa cuti2 sem yg lepas. Setelah hampir 3 4 bulan beliau duduk shaja d rumah tanpa membantu ape2, akhir nya beliau akur juga untuk bkerja membantu pendapatan fmly.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan nya bekerja, wlaupn itu pengalaman pertama nya bkerja, beliau mdpat gaji yg setimpal dengan usaha nya. Paling mengejutkan, apabila bulan ketiga beliau bekerja, gaji yg dapat d capai nya mencecah rm2k. 

ALLAhuakbar. Alhamdulillah...murah rezeki nya....

Begitu banyak sekali sedangkan saya dh berumur bbrpe taun lebih tua dr nya tidak pernah menerima gaji sebegitu besar.

Amat cemburu pada nya. Namun, itulah rezeki nya yang tidak dijangka. Mungkin ini hikmah di sebalik pengirbanan nya untuk menunda pengajian nya. Apa yg penting di sini ialah usaha dan tawakal.

Walaupun beliau bersungut mengatakan duit nya banyak habis untuk kegunaan fmly, tp ketahui lah adik ku, kakak mu ini pernah berada di situasi mu, lebih lama dr apa yg dirimu korbankan skrg ini.

Saturday, July 2, 2011

perbezaan antra LeLaki & PereMpuAn

" sangat suka dgn entry ini"


1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas 
lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen 
berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan 
sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan 
Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.


6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. 
Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. 
Manakala, 
pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. 
Lelaki membawa beg kecil sahaja. 
Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem…
dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. 
Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. 
Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. 
Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. 
Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. 
Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. 
Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, 
masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. 

Matlamat mereka ke pejabat. 

Manakala si isteri, 
memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, 
anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. 
Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, 
bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. 
Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. 
Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. 
Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli.
 Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. 

Sebab itu, 
jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. 
Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.
Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.


Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, 
maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. 
Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Rujukan dari :
http://www.facebook.com/notes/saya-rela-undur-diri-untuk-lihat-dia-bahagia/perbezaan-lelaki-dengan-perempuan/115505328529763