Adamku...
kau sebenarnya imam & aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika ka lalai, maka lalailah aku.
Wahai Adam...kau pnya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu 9, nafsumu 1. Akalku 1, nafsuku beribu...
Oleh itu...Adam..
pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai & lupa, sering tergelincir
di tolak nafsu & konco2nya.
Adamku...
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan aku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku.
Lebih aku suka...kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu ,
agar nanti diberkati Ya Rabbi...
Kenalkanlah aku pada majlis2 agama ,
Ajarilah aku Yassin & memahami Al-Quran.
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung
Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah...
Kitabullah di malam Jumaat yang penuh barakah...
Khabarkan padaku tentang fardu2 yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar makruf nahi munkar....

Adamku....
Ajarilah aku agar aku menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca.
Selimutkan aku dengan iman & taqwa sebagai bekalan untuk ke jalan ALLAH...
Ingatkan aku supaya hormat, tunduk, & patuh padamu setiap waktu..
Tolonglah aku Adam...
agar aku tidak beku...Bantulah aku agar otakku
tidak buntu...
Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung...
Pimpinlah aku menuju Nur Al Jannah...
Tarbiahkanlah aku supaya kelak aku calon serikandi solehah..
bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah...
Moga aku dapat menjadi secerdik Aishah Humaira Rasulullah...
Setulus hati & kasih laksana Siti Khadijah...
Sezuhud & sepatuh Rabi'atul Adawiyah...
Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah...
Seikhlas & semurni hati Halimas Saadiah....
& segagah & seteguh Nailah al-Farashiyah yg tegar meski tangan
bermandi darah membela Khalifah ALLAH....
Seindah hiasan adalah wanita solehah ,
moga aku hiasan terindah hidupmu Adam ku......
No comments:
Post a Comment