“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.
Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :
“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang
Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda terutamanya perempuan yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.
imej legging kembali semula… sebabnya adalah fesyen… andai nak pakai…tolong la pakai legging tue dalam baju kurung or jubah…jangan la di pakai mcm tu je….
Walaupun skrg nie bln ramadhan, saye perhatikan, masih ramai yg trus memakai legging itu bersama dengan tshirt pendek or blaus… wlaupn masih memakai sluar, tapi hakikat nya seperti tidak….
Sama juga dengan pemakaian kain baju kurung. Jenis2 kain skrg kebanyakan nya jarang dan nipis…so kite perlu la pakai petticoat (kain dalam)…sebabnya dalam keadaan panas n terang, kaki kite tue boleh di nampak taw….terang2 nampak kadang2 mcm xpakai kain je….
Ramai yg mengambil remeh tentang aurat wanita ni. Sebab ape saye cakap macam tue?
Seorang wanita Islam mestilah menutup auratnya dari pandangan lelaki. Hanya muka dan pergelangan tangan sahaja yg halal dilihat oleh mereka.walaupun memakai pakaian menutup kulit yg lain, tapi baju ketat or lengging tetap berdosa sebab ia masih menampakkan susuk badan.
Dengan makna kata lain seperti bertelanjang.pastu bila pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, baju ketat dan singkat…ada yg pakai tudung tapi still Nampak dada….still tidak penuhi peraturan yang ditetapkan… labuhkanlah tudung anda menutupi dada..kerana lelaki akan member perhatian pada dada wanita….
Di dalam satu hadis, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3.Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3.Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
2.
Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya
dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,
”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah
Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka
Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai
lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad
(21279)
Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.
No comments:
Post a Comment