Tolong beritahu aku, ada pesanan buatku..
Tolong beritahu aku, cinta agung adalah cintaNya…
Tolong beritahu aku, cinta manusia bakal membuatku alpa…
Tolong nasihati aku, jangan menyintaimu lebih dari aku menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati aku, jangan mengingatimu lebih dari aku mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati aku, jangan mendoakanmu lebih dari aku mendoakan kedua ibu bapaku…
Tolong katakan pada aku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
Tolong katakan pada aku, dahulukan ibu bapaku kerana di telapak ibu itu syurgaku…
Tolong ingatkan aku, aku terpikat kerana imanmu bukan rupamu…
Tolong ingatkan aku, aku lebih cintakan zuhudmu bukan harta…
Tolong ingatkan aku, aku kasihimu kerana santunmu…
Tolong ingatkan aku, aku lebih cintakan zuhudmu bukan harta…
Tolong ingatkan aku, aku kasihimu kerana santunmu…
Tolong tegur aku, bila aku mulai mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur aku, bila aku tenggelam dalam angan-anganku…
Tolong tegur aku, andai nafsu mengawal fikiranku…
Tolong sedarkan aku, aku dan dirimu milik Yang Maha Esa…
Tolong sedarkan aku, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan aku, tanggungjawabku besar kepada keluargaku…
Tolong sedarkan aku, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan aku, tanggungjawabku besar kepada keluargaku…
Tolong sabarkan aku, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan aku, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan aku, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindu kita…
*ya Allah, jadikanlah rinduku terhadapMu melebihi rinduku terhadap dirinya.
Tolong pesan padaku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadamu…
Tolong pesan padaku, aku tak mahu menjadi puncak kegagalanmu…
Tolong pesan padaku, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirimu…
Tolong pesan padaku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadamu…
Tolong pesan padaku, aku tak mahu menjadi puncak kegagalanmu…
Tolong pesan padaku, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirimu…
Tolong khabarkan pada aku,aku tidak mahu melekakanmu…
Tolong khabarkan pada aku, jadilah pendamping dalam kejayaanmu setulus hatiku...
Tolong khabarkan pada aku, jadilah pendamping dalam kejayaanmu setulus hatiku...
Tolong sampaikan pada aku, kita mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada aku, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada aku, hubungan ini terjaga selagi kita menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan kepada aku, kerana aku tidak mampu mengingati diriku sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…
semoga dia akan mengingatkan aku mengenai pesanan ini..
Moga kamu adalah seekor lebah yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunmu dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…insyaAllah
* copy & edit
No comments:
Post a Comment