Assalamualaikum…
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengagumi &
melihat tempat2 ciptaan Allah di muka bumi ini.
Dari Ipoh, bergerak ke Arau, beberapa hari kemudian bergerak semula ke beberapa
tempat bersama rakan2 perempuan kelas ku.
Tempat pertama yang menjadi tujuan ialah Taiping, Perak,
kemudian ke Penang. Setelah itu pulang semula ke Arau.
Tetapi tidak lama sampai ke Arau, bergerak semula ke Kedah,
sg Petani tempat tujuan seterusnya.
Tujuan nya untuk memenuhi permintaan seseorang yang bergelar Mama,
ummi orang lain yang telah di anggap sebagai ummi sendiri.
Menumpang kasih daripada orang lain.
Mama & keluarganya menerima saya dengan hati yang terbuka.
Walaupun pernah sekali bertemu bertahun dahulu, tetapi diri ku merasakan amat serasi
seperti telah lama berada bersama keluarga mereka.
Abah, mama, along, abg mat, bncik (kwn lama skolah saya),
adik sdice, adik shaiza (junior sekolah lama), adik syarif, & adik akif,
amat suka dengan kedatangan saya.
Mereka adalah keluarga angkat saya, & turut diperkenalkan kepada jiran2.
Segan rasanya.
Sebelum pulang ke Arau, ahli keluarga angkat saya yang saya kenali
bertambah setelah dipertemukan dengan kakwan, bakal teman hidup abgmat.
Semoga mereka kekal bersama sehingga ke akhir hayat.
Tak sabar ingin bersama mereka menghantar rombongan ke gerik.
Apabila pulang ke Arau, misi untuk menjelajah bumi Tuhan
ini masih belum lagi tamat.
Bersama kawan, memusing Perlis untuk menikmati pemandangan apa yang ada.
Ke Kangar, Kuala Perlis, ke ladang UiTM & ke tempat2 lain
di sekitar yang adakalanya tidak diketahui namanya.
Walaupun penat menjelajah, tapi itu lah antara kenangan2 yang terindah.
Mungkin kali ini sahaja kesempatan yang ada, akan datang kita tidak pasti lagi.
Semoga apa yang dilalui akan menjadi ingatan & pengetahuan untuk diri ini.
No comments:
Post a Comment