Hal ini berdasarkan firman ALLAH yg bermaksud :
Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan
atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa': 103).
Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun, & tatacaranya, dia tetap wajib mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dgn beberapa kelonggaran.
SOLAT DALAM KENDERAAN
seseorang yg sdg bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti.
demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu & WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sunat tidak perlulah kita mengqada'kannya semula. Solat dlm kenderaan boleh dijamak & diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya.
PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dlm kenderaan.
Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas @ kaedah yg sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbiratul ihram.
Niatkan solat yg hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
Bacaan surah dalam solat sama seperti dalam solat biasa.
Rukuk hendaklah dilakukan dgn syarat iaitu dgn menundukkan sedikit kepala serta badan & kedua tangan diletakkan pada lutut.
Sujud pula dilakukan dgn menundukkan kepala & badan terkebawah sedikit dr isyarat rukuk.
Duduk diantara dua sujud, duduk tahiyat awal & tahiyat akhor masih kekal sperti biasa dengan duduk dia atas kerusi.
Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering berubah arah.
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU?
Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dlm keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk @ tiada tanah untuk bertayammum) & juga solat yg tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air @ tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga bole mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' @pun qasar dgn syarat kita masih berada di dlm musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka soalt hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna.
Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir & kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk @ tanah untuk bertayammum bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima ALLAH.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air @ tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12010.0
No comments:
Post a Comment