Indah sungguh cuaca pada pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam. Tetapi ketenagan itu tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun jauh di pucuk pokok.
Sejak seminggu lalu, epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak di petik org? Padahal, kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Jauh berbeza dari epal-epal yang lain. Sesiapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.
Tetapi....kenapa aku tidak dipetik orang?
Epal tersebut memandang ke bawah. hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukahkah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurangnya diriku ini??
Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terbendung lagi.
Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu. Sayangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….Membusuk dan dipijak-pijak oleh manusia..
“Wanita ibarat epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana
ia berguguran di tanah, tetapi,
epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!!
Susah dipetik, susah digapai, tapi,
kadang-kadang epal tu risau,
kenapa la diriku belum dipetik lagi??
Lantas dia merendahkan martabatnya lalu
menggugurkan dirinya ke tanah,
sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan
martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar beriman
saja yang mampu memilikinya.
Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat.
Biarlah jodoh bukan di dunia.
Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”
------------------- ------------------
Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang.
Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan.
Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.
No comments:
Post a Comment